Bace tajuk entry pon mcm serius jer kan.. memang serius ok.. Akue sekadar berkongsi..
APA ITU PENYAKIT TIBI
- Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
- Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru.
- Boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
BAGAIMANA TIBI MEREBAK
- Bakteria TIBI disebarkan melalui udara.
- Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk.
- Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI.
- Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
- Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
- Kahak yang mungkin mengandungi darah
- Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
- Susut berat badan dan hilang selera makan
- Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- Mudah menjadi letih
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi anda hendaklah:
- Mendapatkan pemeriksaan doktor
- Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
- Menjalani pemeriksaan x-ray dada
RAWATAN TIBI DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau
Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang
disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip-prinsip DOTS adalah :
Prinsip-prinsip DOTS adalah :
- Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
- 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
- Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
PENCEGAHAN
- Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
- Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
- Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan