27 Julai 2013

~~ INAI JARI & LUKISAN HENNA ~~

                                                       ASSALAMUALAIKUM.........


                     HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENGIKUT HUKUM SYARAK



          Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkanmanakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    Sumber: e-fatwa.gov


          Bukan haram pakai inai lukis2 nie.. so, akue nk buat.. sbb shantek... So, akue pon cri la beberapa contoh corak yg pade akue lawo n memikat hati kecil nie.. ececeh...

          Akue ade search kt fb then dh jumpe la org yg bakal bertanggungjawab tuk lukis inai kt tgn akue tuk mjlis akue tue nt... name dier kak Dewi, dier duk area Jln Kluang.. x la jauh sgt dr umh akue...

          Akue dh pon survey2... then, nie la hasilye.. Jom tengok.. (akue nk yg simple jer, xmao penuh 1 tgn..)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan