08 Jun 2009

8 G PADA LELAKI YANG PEREMPUAN TAK SUKA

1. Garang (garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, sukamarah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua,dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskankemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan denganlemah-lembut.

2. Ganas (kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukanlawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanitasebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidakkasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelakisebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri,bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelusampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasirasa gementar.

4. Gabra (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuantak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapisesuatu perkara.

5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb)Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti.Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu jugaakan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan dirisendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)

7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat,dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatuhal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda denganbaik.

8. Gatal (miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengokperempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Andaperlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udangsebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit andasahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai andasepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripadamenggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan